Wednesday, September 21, 2011

Around the corner!

bila kembali ke UKM, blog adalah keutamaan, bila balik rumah, blog jadi melukut di tepi gantang, terbiar. kadang-kadang sampai lupa aku ada blog. tapi takpelah itu cerita kat rumah, hari ni ada kat UKM, kita cerita pasal UKM lah.

rabu yang penat dalam sejarah tadi. dari pukul 9 pagi sampai 6 petang kehulu-kehilir settlekan semuanya pasal konvo, pasal JPA. last2 tak settle jugak JPA aku, postpone hari Jumaat pulak. yang leceh pasal yuran ah entah camne entah diorang boleh silap coding pembayaran yuran konvo masuk yuran pengajian. lepas tu sesuka hati suruh bayar balik yuran konvo. kalau RM10 aku mungkin bayarlah, ni RM110, ingat gaji wa untuk bayar duit yuran konvo je ke pun? cis.

settle kat jubah, bila nak bayar transkrip ada lagi masalah pasal yuran konvo yang salah coding tu. hoi leceh betul. inilah namanya kerana pulut santan binasa %#^&(* emo tak pasal nasib hari ni tahap kesabaran memang dah dipupuk dari semalam untuk banyak sabar berbanding hari biasa kahkahkah tapi nasib baiklah orang tu jumpa problem kat mana nanti disettlekan lepasni.

anyway, jubah dah ambik. menanti hari untuk dapat ijazah. hampir 3 tahun aku buat luahan perasaan emosi kat blog, hari ni untuk sementara ni lapanglah blog aku dari membebel pasal drafting board, drawing, ngantuk semua semua. lepas ni insya Allah setahun dua lebih akan wujud balik terms tersebut hoihoi

okbai (sukahati tamatkan camni!)

0 critics: