hai. err hai. err. hai. eh apasal ni apasal hahah begitu lama tak update blog. masih sudi lagi ke blog ini dikunjugi? ceh. persoalan kedua, ada ke orang nak datang blog kau? okay fine.
anyway, 3 jun 2011. memang dah lama tak update kot. walaupun takdelah setahun ke 32 bulan ke, tapi lama la jugak sampai pernah terlintas kat hati nak delete blog sebab menyampah dengan perasaan malas nak update. boleh? tapi belum tiba masanya. nanti la. hehe
semalam 2 jun 2011, secara official, tamatlah pengajian aku selama 3 tahun kat bumi universiti kebangsaan malaysia. diam tak diam dah nak masuk fasa kerja dah. bila fikir, takut pulak nak masuk firm haha tapi kena gagahkan jugak sebab fasa study belum officially habis. maksud aku, dalam architecture, pasrt 1 tu macam baru baby baby uuuu baby baby uuu lagi. <—macam mintak lempang je budak ni kan. so, perjuangan akan diteruskan, cuma tak tau bila. penat kot study architecture. sekarang berbelah bahagi sama ada nak sambung part 2 ke nak buat master. hm hm yang tu nantilah.
the last few weeks, hidup aku macam huru-hara la sikit sikit sebab terlalu banyak kerja nak buat. final year, final sem. sedih. sadis. emo. rasa nak hentak kepala kat dinding pun ya. habis je exam, dalam seminggu kena siapkan design untuk final review. habis internal, prepare untuk external review, dalam minggu sama siapkan working drawing manual, cad, tesis. gigih. sampai dalam 2 3 minggu tu boleh kot 15 juta kali fikir nak give up. aku dah tak boleh tahan dah pressure padahal lagi 2 3 minggu nak habis kahkahkah eh kalau engkau masuk final year esok engkau rasa. memang boleh sampai fikir nak drop semua subjek hari ni jugak padahal dah nak habis sem. ish lempang kang. memang konflik dalaman habis. belum lagik masuk konflik ibu bapa yang suruh balik jaga anak buah dan jugak konflik pakwe makwe yang tinggal berjauhan lantas awek terlalu busy dengan tesis. eh eh engkau ni nak cakap pasal apa ni sebenarnya? tak payah nak cerita pasal konflik jiwa segala.
lalu….begitulah. dalam dalam pressure nak mampos tu memang terkenang ibu bapa la kan. takkan nak give up kot. kutelan jugak pahit tu. telan duhh. pahit tak payah cakap. payau apatah lagi tapi apa nak buat. sabo jelah. sebab tau dah pahit hari ni je. minggu depan confirm manis. ceh kenapakah begitu positif ni. tapi memang begitu manis pun sampai tak tau dah manis tu kat level mana dah haha. anyway, nikmati gambar pertama ye,
tesis yang diusahakan akhirnya siap dijilid, siap dihantar. hehe alangkah nikmatnya hidup sampai ambik tesis kat kedai tu rasa nak nangis sebab tak percaya tengah pegang tesis sendiri apakah punya perasaan ni sebenarnya? huu bila dah submit tu, Ya Allah, lesap terus beban jadi student final year. nak berjurai air mata hahaha selalu nak over padahal tesis sarjana muda je. ceh. SM pun, ingat sonang ko?
-----------
settle hal tesis dan segala beban hiks. sebelum balik baru baru ni, studiomate inform cakap studiomate nak buat photoshoot untuk majalah ukm. so dia cakap, sebagai hadiah untuk graduasi kitorang, dia nak buat photoshoot dengan tema friendship. so, yesterday was the day yaw. tak pernah-pernah jadi model, on the spot jadi model tak bertauliah. okay photographer yang nak hire i untuk model boleh call my PA. okay nak muntah sekarang jugak. *ambik baldi*
dah sah sah muka engkau sangat tidak fotogenit seperti fatin liyana tak payah nak berangan nak jadi model. sudah sudah! ni ada 0.01% dari 100% gambar yang ada. terlalu banyak gambar. tak larat nak edit semua so, selected pictures with muka aku je yang dipilih muahaha tapi dalam beratus gambar tersebut gambar yang last aku letak tu paling aku suka sebab natural habis hehe credit tu pikaton sebab ambik gambar ni i like it adik. :) adik? geli. nyah kau.
-----------------------
seterusnya.. eh ada seterusnya? haha dah lama tak update maka mari bergebang. lepas je photoshoot then hantar tesis, aku pergi mid untuk makan. semata-mata untuk makan. jauh pergi mid. gigih sebab kat mid boleh dapat red velvet cake, boleh dapat takoyaki, boleh dapat sushi, boleh dapat ice cincau nata. makan sehabis kenyang sampai red velvet cake kena postpone makan esok sebab tak boleh sumbat dah. lepas ni bila entah aku nak jejak mid tu melainkan dapat kerja kat kl ni. tapi ura-ura macam kerja kat sini kalau tak dapat kerja kat kuantan. hehe takpelah yang tu, nanti kita story sebab macam dah panjang je entry ni. :)
thanks to nicha e-cha anyway sebab sudi teman aku keluar makan memang keluar dengan niat untuk makan je takde benda lain. inilah dia gigih kan kan. so, tengoklah nanti bila pulak nak boleh update blog ni. harap-harap bolehlah nak update and ada masa memandangkan sibuk menjadi babysitter sekarang. haihhh
habis sudey. boleh tidur. nite everyone.








0 critics:
Post a Comment